Photobucket

Monday, September 12, 2011

~hOlIdAy~


Assalamualaikum…setelah lama holiday selama 4 bulan….harap cuti kita semua dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat…^___^
Post kali ni nak share mengenai waktu lapang kita iaitu holiday…lagipun kita baru je lepas bercuti kn…so,jom muhasabah sama2 apa yg kita lakukan semasa cuti baru2 ni…termasuk saya juga..hehe
Dosa akan berlaku hanya apabila kita ada ruang kosong…ruang kosong tidak elok bagi hati manusia…manusia yang mempunyai banyak masa kosong seringkali lalai sehingga terdorong untuk melakukan dosa…nauzubillah…justeru itu, kita perlu merencana hidup kita demi memastikan masa 24 jam terisi dengan aktiviti berpahala…jangan beri ruang kepada diri untuk melakukan dosa…bahkan, jangan biar diri ada masa kosong coz kita akan menjadi orang yang panjang angan2 dan akhirnya menjadi lalai…contohnya, apabila kita tidak merancang aktiviti berpahala untuk mengisi cuti hujung minggu…kita mungkin membiarkan masa kita diisi dengan menonton TV smata-mata…cuti yang tak dirancang itu menjadi sia2 coz habis masa menonton TV…rancangan yang ditonton pula tidak ditapis sama ada sesuai or tidak untuk ditontoni…menonton TV boleh mendatangkan dosa apabila kita tidak dapat menahan pandangan daripada melihat aurat orang lain di kaca TV…
Dengan menonton juga kita mungkin terpesona dengan pelbagai promosi produk yang dipaparkan…lalu mendorong kita untuk membeli produk berkenaan walaupun diluar kemampuan sehingga menyebabkan keperluan asas keluarga (nafkah) berkurang…wang yang sepatutnya diperuntukkan kepada perkara yang wajib (nafkah) digunakan kepada perkara yang bukan keperluan…lalu menjerat kepada dosa….
Cuba kita renung sejenak…kalau kita tak mengisi masa dengan baik seperti hanya menonton TV,  mesti kita akan terpikir…cepatnya masa berlalu….TAPI….kalau kita cuba mengisi masa kita dengan perkara yang baik…mesti kata2 ni akan terluncur di mulut kita ‘banyaknya masa yang aku ada…’ tak percaya????cuba try dulu…anda kan merasa nikmatnya bebicara dengan waktu…huhu ^__6
ALLAH S.W.T berfirman dalam Al-Quran yg bermaksud:
“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…” (Al-‘Asr: 1-2)
Nyata disini, rata2 manusia rugi kerana tidak mengisi kehidupannya dengan baik…
Jika  kita ingin menyusun kehidupan kita…maka model or contoh terbaik dalam menyusun masa ialah Rasulullah SAW…
Kita lihat Rasulullah SAW…baginda seorang pendakwah…baginda juga seorang bapa…hakim…kepala Negara…suami…seorang sahabat…kepala perang dan hamba kepada ALLAH…namun dalam kesibukannya..baginda sempat lagi berlumba lari dengan isterinya Aisyah..baginda sempat lagi bergaul dan makan bersama dengan orang miskin…sempat lagi baginda menjahit baju dan terompahnya yang koyak..baginda sempat pula duduk lapang dengan isterinya…bercanda dengan sahabatnya dan memberi penyampaian…baginda masih punya masa menjadi imam setiap waktu solat dan masih ada lagi masa untuk menyebarkan Islam kepada orang kafir…
Nah…
Itu belum dikira lagi ibadahnya…bagaimana???bukankah masa hidup Rasulullah sehari 24 jam juga? Baginda mampu melakukan pelbagai hal…pelbagai perkara dan semua perkara itu bermakna…Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam mengagihkan masa…kerjanya tak tertangguh…semuanya terlaksana….pada masa yang sama..segala hak baginda penuhi…hak kepada masyarakat…hak kepada keluarga…hak kepada keluarga…hak kepada dirinya dan hak kepada ALLAH SWT…subhanallah….apa lagi…marilah kita memenuhi masa kita dengan perkara yang bermanfaat…
Penuhkan dengan bersukan ke…baca artikel di internet ke..boleh juga menambah ilmu n berkongsi ilmu..mungkin menulis pun ada baiknya dari kita terus bersembang perkara yang tak patut…betul tak??? Ni je yang dapat dikongsi…harap salah silap dimaafi..^___^
  

ni my first ank sdare...sayang haziq...sbelum n slepas cukur jambul...rindu sgt kt haziq...




No comments:

Post a Comment