Photobucket

Friday, March 30, 2012

~31 march~

assalamualaikum....alhamdulillah hari ini ALLAH masih memberi kekuatan untukku berfikir sejenak dosa-dosaku...kadang malu dengan Pencipta dengan dosa yang ada dalam hati...dengan bertyemankan hujan...diriku pun tetap juga mengalirkan air mata keinsafan...semoga keinsafan ini berterusan hingga akhirnya...aminnn...kepada sahabatku yang telah menyedarkanku n meninggalkanku tatkala aku tidak sekuatmu...syukran kasiron..diri ini memang belum kuat..minta maaf kerana hadirnya diri ini dalam hidupmu telah merosakkan kekuatan imanmu...asif jiddan...perubahan....T_T

Saturday, September 17, 2011

~dIaMbAnG rInDu~

Di pagi yang kelam,
Ku tersedar dalam cahaya,
Lantas memori indah mengimbau,
Disaat itu,
Rindu kian memuncak,
Pada insan bernama kekasih.
Ya Allah...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian,
Jangan jadikan kerinduan ini satu kealpaan,
Jangan jadikan kerinduan ini...
Meragut kerinduan utama padaMu dan ar-Rasul.
Sesungguhnya Ya Rahman...
Engkau mengetahui hati-hati hambaMu yang merindu,
Merindu pada insan yang tidak pasti,
Namun dia adalah harapan,
Kerana kami pernah mengukir janji,
Menaruh rasa rindu kami,
Menahan rasa rindu kini,
Yang ada hanya rindu padaMu, Sang Pencipta rindu,
Hingga tiba saatnya,
Rindu yang halal itu milik kami...
Maka Ya Rahman...
Teguhkan hati dan jiwa kami yang sedang merindu,
Jangan biarkan rindu itu mekar dan terus berbunga,
Mematuk dan terus menular bisanya,
Hingga bisa menjadi nanah merbahaya,
Dibuai angan dan mimpi yang tidak berkesudahan,
Kerana,
Semuanya tiada erti tanpa redhaMu,
Ya Rabbi..


Monday, September 12, 2011

~hOlIdAy~


Assalamualaikum…setelah lama holiday selama 4 bulan….harap cuti kita semua dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat…^___^
Post kali ni nak share mengenai waktu lapang kita iaitu holiday…lagipun kita baru je lepas bercuti kn…so,jom muhasabah sama2 apa yg kita lakukan semasa cuti baru2 ni…termasuk saya juga..hehe
Dosa akan berlaku hanya apabila kita ada ruang kosong…ruang kosong tidak elok bagi hati manusia…manusia yang mempunyai banyak masa kosong seringkali lalai sehingga terdorong untuk melakukan dosa…nauzubillah…justeru itu, kita perlu merencana hidup kita demi memastikan masa 24 jam terisi dengan aktiviti berpahala…jangan beri ruang kepada diri untuk melakukan dosa…bahkan, jangan biar diri ada masa kosong coz kita akan menjadi orang yang panjang angan2 dan akhirnya menjadi lalai…contohnya, apabila kita tidak merancang aktiviti berpahala untuk mengisi cuti hujung minggu…kita mungkin membiarkan masa kita diisi dengan menonton TV smata-mata…cuti yang tak dirancang itu menjadi sia2 coz habis masa menonton TV…rancangan yang ditonton pula tidak ditapis sama ada sesuai or tidak untuk ditontoni…menonton TV boleh mendatangkan dosa apabila kita tidak dapat menahan pandangan daripada melihat aurat orang lain di kaca TV…
Dengan menonton juga kita mungkin terpesona dengan pelbagai promosi produk yang dipaparkan…lalu mendorong kita untuk membeli produk berkenaan walaupun diluar kemampuan sehingga menyebabkan keperluan asas keluarga (nafkah) berkurang…wang yang sepatutnya diperuntukkan kepada perkara yang wajib (nafkah) digunakan kepada perkara yang bukan keperluan…lalu menjerat kepada dosa….
Cuba kita renung sejenak…kalau kita tak mengisi masa dengan baik seperti hanya menonton TV,  mesti kita akan terpikir…cepatnya masa berlalu….TAPI….kalau kita cuba mengisi masa kita dengan perkara yang baik…mesti kata2 ni akan terluncur di mulut kita ‘banyaknya masa yang aku ada…’ tak percaya????cuba try dulu…anda kan merasa nikmatnya bebicara dengan waktu…huhu ^__6
ALLAH S.W.T berfirman dalam Al-Quran yg bermaksud:
“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…” (Al-‘Asr: 1-2)
Nyata disini, rata2 manusia rugi kerana tidak mengisi kehidupannya dengan baik…
Jika  kita ingin menyusun kehidupan kita…maka model or contoh terbaik dalam menyusun masa ialah Rasulullah SAW…
Kita lihat Rasulullah SAW…baginda seorang pendakwah…baginda juga seorang bapa…hakim…kepala Negara…suami…seorang sahabat…kepala perang dan hamba kepada ALLAH…namun dalam kesibukannya..baginda sempat lagi berlumba lari dengan isterinya Aisyah..baginda sempat lagi bergaul dan makan bersama dengan orang miskin…sempat lagi baginda menjahit baju dan terompahnya yang koyak..baginda sempat pula duduk lapang dengan isterinya…bercanda dengan sahabatnya dan memberi penyampaian…baginda masih punya masa menjadi imam setiap waktu solat dan masih ada lagi masa untuk menyebarkan Islam kepada orang kafir…
Nah…
Itu belum dikira lagi ibadahnya…bagaimana???bukankah masa hidup Rasulullah sehari 24 jam juga? Baginda mampu melakukan pelbagai hal…pelbagai perkara dan semua perkara itu bermakna…Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam mengagihkan masa…kerjanya tak tertangguh…semuanya terlaksana….pada masa yang sama..segala hak baginda penuhi…hak kepada masyarakat…hak kepada keluarga…hak kepada keluarga…hak kepada dirinya dan hak kepada ALLAH SWT…subhanallah….apa lagi…marilah kita memenuhi masa kita dengan perkara yang bermanfaat…
Penuhkan dengan bersukan ke…baca artikel di internet ke..boleh juga menambah ilmu n berkongsi ilmu..mungkin menulis pun ada baiknya dari kita terus bersembang perkara yang tak patut…betul tak??? Ni je yang dapat dikongsi…harap salah silap dimaafi..^___^
  

ni my first ank sdare...sayang haziq...sbelum n slepas cukur jambul...rindu sgt kt haziq...




Thursday, May 5, 2011

~bInGkIsAn UnTuK mAk~

Assalamualaikum…alhamdulillah masih dikurniakan umur untuk terus beribadat kepadaMu YA ALLAH…detik 6 mei 2011 iaitu esok hari…genapla umur mak 49 tahun…selamat hari lahir mak…semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki…^_^
Dalam hari lahir mak tahun ni…mak dh pn menjadi seorang nenek..hehe..walaupun panggilan je nenek..tp ateh tetap anggap mak still muda..huhu…ateh wakil dari semua anak2 mak…mewakili akak…abangngah n abangde mengucapkan jutaan terima kasih yang x terhingga pada mak kerana telah bersusah-payah melahirkan kteorang adik beradik walaupun x ramai tp  ateh tau mmg perit kn…alhamdulillah dgn didikan mak n abah beri…kami semua telah pun Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading seperti mana harapan semua ibu bapa di dunia ni…
Ateh pn nk mengucapkan tahniah kerana mak Berjaya menjadi seorang nenek…sentiasa mendidik anak sedaraku ngn alunan zikrullah….moga harapan mak nak menjadikan Muhammad harith haziq sbgai imam muda tercapai…aminnn…hihi~~
Anak mak semua dh makin meningkat dewasa…akak dah pn mempunyai cahaya mata..abangngah lak dah pun bekerja n bakal menjadi tunang orang x lama lg…abangde pun dah nak abis blaja…saya???xtau nk kata la…ermmm…sekelip mata je kn…lau nk diceritakan pengorbanan mak sampai tahun depan pn x abs…memang banyak…mencari duit membesarkan kteorang adik beradik supaya dapat menjadi org yg berguna…
Apa hadiah yg patut ateh bg kn…ermmm…ateh tau mak ngn abah dah x sabar nak pi menunaikan ibadah haji kt kota mekah…Cuma belum ada rezeki lg…..ni la harapan ateh yg 1 bila dh abis blaja…nak anta mak ngn abah pi haji…insyaALLAH~~
Sempena hari lahir mak esok hari…ateh ingin memohon ampun n maaf pd mak krn dh byk susahkan mak….sob2….dalam keadaan tngah exam…hatyku cuba gagah utk menulis bingkisan rindu pd mak…titisan air mata mengenang kembali kesalahan2 yg ku lakukan…MAKKK…terlalu banyak skali anakmu ini melakukan kesalahan…ALLAH~~
X lupa jgak selamat hari ibu untuk mak…ermmmm…hanya kata2 di telefon saja yg dpt diluahkan….@___@...semoga mak sentiasa sihat…..aminn~~~

Friday, April 22, 2011

~nAlUrI~

Assalamualaikum…alhamdulillah kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam…minggu ni dalam keadaan kurang selesa coz tak sedap badan lepas accident baru-baru ni…semua ni adalah penghapus dosa-dosaku…
So,saya nak kongsi mengenai naluriku time sebelum n selepas kejadian ini berlaku…memang amat kuat kata hatiku…tp masih degil…mak dah selalu pesan supaya jangan nak pandai2 bonceng motor lau duduk nilai…ermmm
Time 2 nak balek pahang…memang kalut sangat nak kejar masa…kira rush la ni…pukul 3 abis kelas takhrij…dalam kepalaku memang dah nekad nak naek bas ke komuter nilai pukul 4…sambil kalut2 membalas mesej sahabatku supaya  bersabar….hehe…pukul 3 setengah dah tunggu bas…tp,bas tak bergerak seperti biasa…lambat  lak hari ni..pukul 4.05,tiba-tiba hatiku tergerak nak contact seorang sahabat supaya menghantarku menaiki motor….dengan pantas dye membalas mesejku yang dye sudi menghantarku..biasenye dye sibuk…tp….pelikkk~~
Kami pun gerak meninggalkan nilai pada pukul 4 suku…sebelum 2 saya salah pakai helmet…x ikat kemas…memang longgar…sebab saya suka pakai longgar2…huhu..sahabatku pun tegur ‘aish.x  boleh pakai cmni…kang pape jadi susah lak’…so,dye pun kemaskan helmet kt kepalaku…dengan lafaz bismillah saya membonceng di belakang…dalam perjalan…hatiku memang amat gelisah…sentiasa terpikir sal kteorang akan jatuh…dalam hati berkata>>’awat ni???pikir mengarut2…ALLAH~~…”
Berhenti kat traffic light…saya membalas mesej sahabat yang masih tertunggu untuk pulang bersama…’saya kat atas motor ni…jap lg sampai ktm’>>>send~~….lampu hijau menyala,motor pun bergerak semula….tiba-tiba…..dummmmm!!tanpa berkata apa2 kami dah menyasar di jalan gara2 bertembung dengan sebuah kereta kancil…sahabtku dah tak boleh bangun masih terduduk mendiamkan diri…saya hanya mampu kuatkan semangat berusaha membangunkan diri walaupun badanku masih sakit…bukan apa,bahaya lau kita jatuh kat jalan tapi masih duduk cz takut kereta laen lak yang langgar kita…kebetulan time 2 memang kereta banyak…orang baru habis kerja kot…nasib baek dengan ikatan helmet yg amat kemas kepalaku terselamat sedikit dari terhentak dengan kuat…
Beberapa orang di tempat kejadian memberhentikan kereta n membantu kteorang mengangkat motor untuk dibawa ketepi…termasuk tuan kereta kancil yg bertembung ngn kteorang sebentar td…kami dihantar ke klinik panel usim…serba salah menyelubungiku risau cz tangan sahabatku masih tak boleh digerakkan…dah nk dekat exam…lau pape jadi…cmne dye nak jawab exam…ermmm…time 2 ALLAH je tahu perasaanku…saya hanya sempat memberitahu sahabat2 umah yg kteorang accident n tak tau cmne nak balek Pahang…
Alhamdulillah…semua dah settle kt klinik...saya dihantar oleh seorang hamba ALLAH ke ktm nilai…xtaula sempat ke x nk naek bas…hanya berserah segalanya pada ALLAH….dlm tergesa-gesa..dengan tudung sedikit kotor…tgn masih luka…kaki lmbat nak jalan…tp abaikan cz diriku dah berjanji untuk pulang bersamamu…time kasih siti nurul aisyah kerana memahami situasiku n sanggup bersabar sampai pukul 7mlm…x lupa kepada sahabat rumah yg bergegas melawat kteorang…kawan sekelas yg pi amek motor kt tempat  kejadian n seorang hamba ALLAH yg menghantarku ke ktm..thanks bro..syukran kasiron kpd yg membantuku secara langsung or tidak langsung..hanya ALLAH yg mampu membalas jasa baek kalian…^___^
Moral>>>semuanya takdir ALLAH..kita xleh lari dari semua 2 terutama kematian…walaupun dah nak sampai kt tempat kejadian…tp pape pun boleh berlaku…sekelip mata je kn~~

Saturday, April 9, 2011

~nIkAh KhItBaH~

assalamualaikum...semoga kita semua masih di dalam keredhaan ALLAH S.WT...nk share 1 story about a minute ago...huhu~~
dalam tengah sibuk menjamu selera bersama kawan-kawan serumah..tiba2 saya mendapat 1 soalan yg saya x jangka...haha...apa dye??
lebih kurg cmnila pertanyaan hamba ALLAH tersebut>>'nak kawen tak???'..saya ngn tanpa mengerti apa2 terus menjawab dengan confidentnya...'mestila nak'...haha...'saya ada calon ni...dye nak nikah khitbah dlm masa terdekat ni...mau??'...uishhh...tanpa menjawab saya terus mendiamkan diri sambil berkata dlm haty...'aduii,ingatkn tnya soalan sal kawen,,sume org mesti mau kawen kn...rupanya nk cari calon utk seseorang'kui3
so,kawan saya ni bgla 1 laman web utk mengenalinya...alahai..mcm kenal lak budak ni...mane tak nya 1 negeri kot..huhu...xpela...x maula org dekat2...hehe..lagipun x mampu lagi nak memegang tanggungjawab 2...mau belajar...lau mak ngn abah tau...abislaa...cnfrm dye suh berhenti blaja sekarang jgak..heehe..nikah khitbah ni memang bagus...ylaa...dari terus menjalinkan hubungan dengan yg bukan muhrim secara tidah halal...lebih2 lg bg mahasiswa/mahasisiwi yg tgah sibuk belajar....

Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

2la serba sedikit mengenai nikah khitbah yg dapat dikongsi...jgn salah phm...ni sume utk kongsi ilmu bersama...^_^lau ada pape nk tambah...sila comment ek...syukran...

Friday, February 25, 2011

~mAnAgE~

assalamualaikum...apa khabar sume??alhamdulillah masih boleh beribadat kepada ALLAH...hari ni otak penat...hehe..wat assignment fiqh yg kena anta isnin ni...test takhrij lg...syafawi quran...walaupun keje banyak tp tetap sempat melayan cite korea...my gf is gomiho...huhu..walaupun saya bukannya yg jenis layan cite cm ni...tp,nk improve english kot...so,berjinak-jinak ngn cite korea walaupun kadang2 terlampau jiwang...huhuh...alamaksss terlebih sudaaa~~

hari ni nak kongsi mengenai satu artikel dalam majalah solusi tentang perasaan kita...fitrah kn...tipu la lau kita x pernah jatuh hty...ehem2...biasela 2...yg penting kita kne pandai manage supaya perasaan 2 x menjerumus ke arah keburukan...sama2 kita jaga ek...

ketertarikan kita pd seseorang 2 lumrah...saya sendiri mybe pernah rse...kui3..tp skrg cuba belajar untuk serahkan segala-galanya kpd ALLAH walaupun kadang sakit berperang ngn perasaan sendiri ni...hehe~~
setiap fitrah ada peraturannya...fitrah makan pun ada peraturannya inikan pula fitrah cinta...so,wajarkah kita mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pn peraturan yg ALLAH tetapkan???

sanggupkah diri kita mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan???penuh maksiat haty..menjalar lak pd maksiat perbuatan...masyaALLAH...tepuk dada bukan tanya selera...tp tanya iman kita semua...bukan diri kita je yg mengalami rasa cinta...malah semua org x terkecuali termasuk para rasul...sahabat n org2 soleh....

BEZANYA....bagaimana mereka menguruskan (manage) perasaan 2???bagaimana pula kita semua menguruskannya???..Ibn al-Qayyim menukil indah dlm bukunya Raudhah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pd mlm pertamanya...Fatimah,puteri Rasulullah si pengantin baru berkata pd suaminya,Sayidina Ali...."Kanda,dulu sebelum kita nikah,dinda teringin sangat nk jd isteri seseorang...Dinda amat mengaguminya..."
Dengan penuh cemburu Sayidina Ali berkata:"Habis 2 dinda menyesal kawen dengan kanda.."
Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir:"tak kandaku sayang,kerana org itu adalah kanda"

kisah ni menjadi bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kpd Sayidina Ali,...mengagumi...merindui n memasang impian hidup bersamanya...namun...adakah si gadis beriman 2 berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali...berhubung melalui burung merpati...mengatur dating di belakang pohon kurma or membonceng unta bersama kekasihnya????

begitu juga Sayidina Ali...adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji2 kosong sebelum menikah???adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya???adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yg turut diimpikan oleh Sayidina Abu Bakar n Umar dengan membawanya lari???adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri???
 

subhanALLAH...berbezakan dengan kita (terutama saya)...pd akhawat>>>cinta bukan dengan meluahkan pd si dia...menghantar sms...chatting ym n fb....dating...ermmm renungan utk diriku yg selalu lalai....n pd kaum adam>>>x pyhla merebut cinta gadis idamanmu dgn menabur janji2 n harapan2 yg x pasti,,,perempuan ni hatynya cukup lembut...mungkin kamoo lelaki layan mereka hanya sebagai kawan...tp plezzz...perempuan akan phm laen..alamaklumla...naluri perempuan ni mahukan kasih sayang....huhuhu

so,moral of the stories>>>pendamkan perasaan kita...janji ALLAH 2 benar...pegang kata ni"jika ada jodoh tak kemana...jika bukan di dunia sementara ni,,,di syurga yg klekal abadi...insyaALLAH...tp jika bukan jodoh berkorban nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun takkan kesampaian...."

peliharalah perasaan 2 supaya x tersasar....yokkk~~~^_^
kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kpd sidia???adakah dgn jalan yg menghampiri fitnah or dgn jalan yg menghampiri barakah????