Photobucket

Saturday, September 17, 2011

~dIaMbAnG rInDu~

Di pagi yang kelam,
Ku tersedar dalam cahaya,
Lantas memori indah mengimbau,
Disaat itu,
Rindu kian memuncak,
Pada insan bernama kekasih.
Ya Allah...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian,
Jangan jadikan kerinduan ini satu kealpaan,
Jangan jadikan kerinduan ini...
Meragut kerinduan utama padaMu dan ar-Rasul.
Sesungguhnya Ya Rahman...
Engkau mengetahui hati-hati hambaMu yang merindu,
Merindu pada insan yang tidak pasti,
Namun dia adalah harapan,
Kerana kami pernah mengukir janji,
Menaruh rasa rindu kami,
Menahan rasa rindu kini,
Yang ada hanya rindu padaMu, Sang Pencipta rindu,
Hingga tiba saatnya,
Rindu yang halal itu milik kami...
Maka Ya Rahman...
Teguhkan hati dan jiwa kami yang sedang merindu,
Jangan biarkan rindu itu mekar dan terus berbunga,
Mematuk dan terus menular bisanya,
Hingga bisa menjadi nanah merbahaya,
Dibuai angan dan mimpi yang tidak berkesudahan,
Kerana,
Semuanya tiada erti tanpa redhaMu,
Ya Rabbi..


Monday, September 12, 2011

~hOlIdAy~


Assalamualaikum…setelah lama holiday selama 4 bulan….harap cuti kita semua dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat…^___^
Post kali ni nak share mengenai waktu lapang kita iaitu holiday…lagipun kita baru je lepas bercuti kn…so,jom muhasabah sama2 apa yg kita lakukan semasa cuti baru2 ni…termasuk saya juga..hehe
Dosa akan berlaku hanya apabila kita ada ruang kosong…ruang kosong tidak elok bagi hati manusia…manusia yang mempunyai banyak masa kosong seringkali lalai sehingga terdorong untuk melakukan dosa…nauzubillah…justeru itu, kita perlu merencana hidup kita demi memastikan masa 24 jam terisi dengan aktiviti berpahala…jangan beri ruang kepada diri untuk melakukan dosa…bahkan, jangan biar diri ada masa kosong coz kita akan menjadi orang yang panjang angan2 dan akhirnya menjadi lalai…contohnya, apabila kita tidak merancang aktiviti berpahala untuk mengisi cuti hujung minggu…kita mungkin membiarkan masa kita diisi dengan menonton TV smata-mata…cuti yang tak dirancang itu menjadi sia2 coz habis masa menonton TV…rancangan yang ditonton pula tidak ditapis sama ada sesuai or tidak untuk ditontoni…menonton TV boleh mendatangkan dosa apabila kita tidak dapat menahan pandangan daripada melihat aurat orang lain di kaca TV…
Dengan menonton juga kita mungkin terpesona dengan pelbagai promosi produk yang dipaparkan…lalu mendorong kita untuk membeli produk berkenaan walaupun diluar kemampuan sehingga menyebabkan keperluan asas keluarga (nafkah) berkurang…wang yang sepatutnya diperuntukkan kepada perkara yang wajib (nafkah) digunakan kepada perkara yang bukan keperluan…lalu menjerat kepada dosa….
Cuba kita renung sejenak…kalau kita tak mengisi masa dengan baik seperti hanya menonton TV,  mesti kita akan terpikir…cepatnya masa berlalu….TAPI….kalau kita cuba mengisi masa kita dengan perkara yang baik…mesti kata2 ni akan terluncur di mulut kita ‘banyaknya masa yang aku ada…’ tak percaya????cuba try dulu…anda kan merasa nikmatnya bebicara dengan waktu…huhu ^__6
ALLAH S.W.T berfirman dalam Al-Quran yg bermaksud:
“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…” (Al-‘Asr: 1-2)
Nyata disini, rata2 manusia rugi kerana tidak mengisi kehidupannya dengan baik…
Jika  kita ingin menyusun kehidupan kita…maka model or contoh terbaik dalam menyusun masa ialah Rasulullah SAW…
Kita lihat Rasulullah SAW…baginda seorang pendakwah…baginda juga seorang bapa…hakim…kepala Negara…suami…seorang sahabat…kepala perang dan hamba kepada ALLAH…namun dalam kesibukannya..baginda sempat lagi berlumba lari dengan isterinya Aisyah..baginda sempat lagi bergaul dan makan bersama dengan orang miskin…sempat lagi baginda menjahit baju dan terompahnya yang koyak..baginda sempat pula duduk lapang dengan isterinya…bercanda dengan sahabatnya dan memberi penyampaian…baginda masih punya masa menjadi imam setiap waktu solat dan masih ada lagi masa untuk menyebarkan Islam kepada orang kafir…
Nah…
Itu belum dikira lagi ibadahnya…bagaimana???bukankah masa hidup Rasulullah sehari 24 jam juga? Baginda mampu melakukan pelbagai hal…pelbagai perkara dan semua perkara itu bermakna…Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam mengagihkan masa…kerjanya tak tertangguh…semuanya terlaksana….pada masa yang sama..segala hak baginda penuhi…hak kepada masyarakat…hak kepada keluarga…hak kepada keluarga…hak kepada dirinya dan hak kepada ALLAH SWT…subhanallah….apa lagi…marilah kita memenuhi masa kita dengan perkara yang bermanfaat…
Penuhkan dengan bersukan ke…baca artikel di internet ke..boleh juga menambah ilmu n berkongsi ilmu..mungkin menulis pun ada baiknya dari kita terus bersembang perkara yang tak patut…betul tak??? Ni je yang dapat dikongsi…harap salah silap dimaafi..^___^
  

ni my first ank sdare...sayang haziq...sbelum n slepas cukur jambul...rindu sgt kt haziq...




Thursday, May 5, 2011

~bInGkIsAn UnTuK mAk~

Assalamualaikum…alhamdulillah masih dikurniakan umur untuk terus beribadat kepadaMu YA ALLAH…detik 6 mei 2011 iaitu esok hari…genapla umur mak 49 tahun…selamat hari lahir mak…semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki…^_^
Dalam hari lahir mak tahun ni…mak dh pn menjadi seorang nenek..hehe..walaupun panggilan je nenek..tp ateh tetap anggap mak still muda..huhu…ateh wakil dari semua anak2 mak…mewakili akak…abangngah n abangde mengucapkan jutaan terima kasih yang x terhingga pada mak kerana telah bersusah-payah melahirkan kteorang adik beradik walaupun x ramai tp  ateh tau mmg perit kn…alhamdulillah dgn didikan mak n abah beri…kami semua telah pun Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading seperti mana harapan semua ibu bapa di dunia ni…
Ateh pn nk mengucapkan tahniah kerana mak Berjaya menjadi seorang nenek…sentiasa mendidik anak sedaraku ngn alunan zikrullah….moga harapan mak nak menjadikan Muhammad harith haziq sbgai imam muda tercapai…aminnn…hihi~~
Anak mak semua dh makin meningkat dewasa…akak dah pn mempunyai cahaya mata..abangngah lak dah pun bekerja n bakal menjadi tunang orang x lama lg…abangde pun dah nak abis blaja…saya???xtau nk kata la…ermmm…sekelip mata je kn…lau nk diceritakan pengorbanan mak sampai tahun depan pn x abs…memang banyak…mencari duit membesarkan kteorang adik beradik supaya dapat menjadi org yg berguna…
Apa hadiah yg patut ateh bg kn…ermmm…ateh tau mak ngn abah dah x sabar nak pi menunaikan ibadah haji kt kota mekah…Cuma belum ada rezeki lg…..ni la harapan ateh yg 1 bila dh abis blaja…nak anta mak ngn abah pi haji…insyaALLAH~~
Sempena hari lahir mak esok hari…ateh ingin memohon ampun n maaf pd mak krn dh byk susahkan mak….sob2….dalam keadaan tngah exam…hatyku cuba gagah utk menulis bingkisan rindu pd mak…titisan air mata mengenang kembali kesalahan2 yg ku lakukan…MAKKK…terlalu banyak skali anakmu ini melakukan kesalahan…ALLAH~~
X lupa jgak selamat hari ibu untuk mak…ermmmm…hanya kata2 di telefon saja yg dpt diluahkan….@___@...semoga mak sentiasa sihat…..aminn~~~

Friday, April 22, 2011

~nAlUrI~

Assalamualaikum…alhamdulillah kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam…minggu ni dalam keadaan kurang selesa coz tak sedap badan lepas accident baru-baru ni…semua ni adalah penghapus dosa-dosaku…
So,saya nak kongsi mengenai naluriku time sebelum n selepas kejadian ini berlaku…memang amat kuat kata hatiku…tp masih degil…mak dah selalu pesan supaya jangan nak pandai2 bonceng motor lau duduk nilai…ermmm
Time 2 nak balek pahang…memang kalut sangat nak kejar masa…kira rush la ni…pukul 3 abis kelas takhrij…dalam kepalaku memang dah nekad nak naek bas ke komuter nilai pukul 4…sambil kalut2 membalas mesej sahabatku supaya  bersabar….hehe…pukul 3 setengah dah tunggu bas…tp,bas tak bergerak seperti biasa…lambat  lak hari ni..pukul 4.05,tiba-tiba hatiku tergerak nak contact seorang sahabat supaya menghantarku menaiki motor….dengan pantas dye membalas mesejku yang dye sudi menghantarku..biasenye dye sibuk…tp….pelikkk~~
Kami pun gerak meninggalkan nilai pada pukul 4 suku…sebelum 2 saya salah pakai helmet…x ikat kemas…memang longgar…sebab saya suka pakai longgar2…huhu..sahabatku pun tegur ‘aish.x  boleh pakai cmni…kang pape jadi susah lak’…so,dye pun kemaskan helmet kt kepalaku…dengan lafaz bismillah saya membonceng di belakang…dalam perjalan…hatiku memang amat gelisah…sentiasa terpikir sal kteorang akan jatuh…dalam hati berkata>>’awat ni???pikir mengarut2…ALLAH~~…”
Berhenti kat traffic light…saya membalas mesej sahabat yang masih tertunggu untuk pulang bersama…’saya kat atas motor ni…jap lg sampai ktm’>>>send~~….lampu hijau menyala,motor pun bergerak semula….tiba-tiba…..dummmmm!!tanpa berkata apa2 kami dah menyasar di jalan gara2 bertembung dengan sebuah kereta kancil…sahabtku dah tak boleh bangun masih terduduk mendiamkan diri…saya hanya mampu kuatkan semangat berusaha membangunkan diri walaupun badanku masih sakit…bukan apa,bahaya lau kita jatuh kat jalan tapi masih duduk cz takut kereta laen lak yang langgar kita…kebetulan time 2 memang kereta banyak…orang baru habis kerja kot…nasib baek dengan ikatan helmet yg amat kemas kepalaku terselamat sedikit dari terhentak dengan kuat…
Beberapa orang di tempat kejadian memberhentikan kereta n membantu kteorang mengangkat motor untuk dibawa ketepi…termasuk tuan kereta kancil yg bertembung ngn kteorang sebentar td…kami dihantar ke klinik panel usim…serba salah menyelubungiku risau cz tangan sahabatku masih tak boleh digerakkan…dah nk dekat exam…lau pape jadi…cmne dye nak jawab exam…ermmm…time 2 ALLAH je tahu perasaanku…saya hanya sempat memberitahu sahabat2 umah yg kteorang accident n tak tau cmne nak balek Pahang…
Alhamdulillah…semua dah settle kt klinik...saya dihantar oleh seorang hamba ALLAH ke ktm nilai…xtaula sempat ke x nk naek bas…hanya berserah segalanya pada ALLAH….dlm tergesa-gesa..dengan tudung sedikit kotor…tgn masih luka…kaki lmbat nak jalan…tp abaikan cz diriku dah berjanji untuk pulang bersamamu…time kasih siti nurul aisyah kerana memahami situasiku n sanggup bersabar sampai pukul 7mlm…x lupa kepada sahabat rumah yg bergegas melawat kteorang…kawan sekelas yg pi amek motor kt tempat  kejadian n seorang hamba ALLAH yg menghantarku ke ktm..thanks bro..syukran kasiron kpd yg membantuku secara langsung or tidak langsung..hanya ALLAH yg mampu membalas jasa baek kalian…^___^
Moral>>>semuanya takdir ALLAH..kita xleh lari dari semua 2 terutama kematian…walaupun dah nak sampai kt tempat kejadian…tp pape pun boleh berlaku…sekelip mata je kn~~

Saturday, April 9, 2011

~nIkAh KhItBaH~

assalamualaikum...semoga kita semua masih di dalam keredhaan ALLAH S.WT...nk share 1 story about a minute ago...huhu~~
dalam tengah sibuk menjamu selera bersama kawan-kawan serumah..tiba2 saya mendapat 1 soalan yg saya x jangka...haha...apa dye??
lebih kurg cmnila pertanyaan hamba ALLAH tersebut>>'nak kawen tak???'..saya ngn tanpa mengerti apa2 terus menjawab dengan confidentnya...'mestila nak'...haha...'saya ada calon ni...dye nak nikah khitbah dlm masa terdekat ni...mau??'...uishhh...tanpa menjawab saya terus mendiamkan diri sambil berkata dlm haty...'aduii,ingatkn tnya soalan sal kawen,,sume org mesti mau kawen kn...rupanya nk cari calon utk seseorang'kui3
so,kawan saya ni bgla 1 laman web utk mengenalinya...alahai..mcm kenal lak budak ni...mane tak nya 1 negeri kot..huhu...xpela...x maula org dekat2...hehe..lagipun x mampu lagi nak memegang tanggungjawab 2...mau belajar...lau mak ngn abah tau...abislaa...cnfrm dye suh berhenti blaja sekarang jgak..heehe..nikah khitbah ni memang bagus...ylaa...dari terus menjalinkan hubungan dengan yg bukan muhrim secara tidah halal...lebih2 lg bg mahasiswa/mahasisiwi yg tgah sibuk belajar....

Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

2la serba sedikit mengenai nikah khitbah yg dapat dikongsi...jgn salah phm...ni sume utk kongsi ilmu bersama...^_^lau ada pape nk tambah...sila comment ek...syukran...

Friday, February 25, 2011

~mAnAgE~

assalamualaikum...apa khabar sume??alhamdulillah masih boleh beribadat kepada ALLAH...hari ni otak penat...hehe..wat assignment fiqh yg kena anta isnin ni...test takhrij lg...syafawi quran...walaupun keje banyak tp tetap sempat melayan cite korea...my gf is gomiho...huhu..walaupun saya bukannya yg jenis layan cite cm ni...tp,nk improve english kot...so,berjinak-jinak ngn cite korea walaupun kadang2 terlampau jiwang...huhuh...alamaksss terlebih sudaaa~~

hari ni nak kongsi mengenai satu artikel dalam majalah solusi tentang perasaan kita...fitrah kn...tipu la lau kita x pernah jatuh hty...ehem2...biasela 2...yg penting kita kne pandai manage supaya perasaan 2 x menjerumus ke arah keburukan...sama2 kita jaga ek...

ketertarikan kita pd seseorang 2 lumrah...saya sendiri mybe pernah rse...kui3..tp skrg cuba belajar untuk serahkan segala-galanya kpd ALLAH walaupun kadang sakit berperang ngn perasaan sendiri ni...hehe~~
setiap fitrah ada peraturannya...fitrah makan pun ada peraturannya inikan pula fitrah cinta...so,wajarkah kita mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pn peraturan yg ALLAH tetapkan???

sanggupkah diri kita mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan???penuh maksiat haty..menjalar lak pd maksiat perbuatan...masyaALLAH...tepuk dada bukan tanya selera...tp tanya iman kita semua...bukan diri kita je yg mengalami rasa cinta...malah semua org x terkecuali termasuk para rasul...sahabat n org2 soleh....

BEZANYA....bagaimana mereka menguruskan (manage) perasaan 2???bagaimana pula kita semua menguruskannya???..Ibn al-Qayyim menukil indah dlm bukunya Raudhah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pd mlm pertamanya...Fatimah,puteri Rasulullah si pengantin baru berkata pd suaminya,Sayidina Ali...."Kanda,dulu sebelum kita nikah,dinda teringin sangat nk jd isteri seseorang...Dinda amat mengaguminya..."
Dengan penuh cemburu Sayidina Ali berkata:"Habis 2 dinda menyesal kawen dengan kanda.."
Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir:"tak kandaku sayang,kerana org itu adalah kanda"

kisah ni menjadi bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kpd Sayidina Ali,...mengagumi...merindui n memasang impian hidup bersamanya...namun...adakah si gadis beriman 2 berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali...berhubung melalui burung merpati...mengatur dating di belakang pohon kurma or membonceng unta bersama kekasihnya????

begitu juga Sayidina Ali...adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji2 kosong sebelum menikah???adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya???adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yg turut diimpikan oleh Sayidina Abu Bakar n Umar dengan membawanya lari???adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri???
 

subhanALLAH...berbezakan dengan kita (terutama saya)...pd akhawat>>>cinta bukan dengan meluahkan pd si dia...menghantar sms...chatting ym n fb....dating...ermmm renungan utk diriku yg selalu lalai....n pd kaum adam>>>x pyhla merebut cinta gadis idamanmu dgn menabur janji2 n harapan2 yg x pasti,,,perempuan ni hatynya cukup lembut...mungkin kamoo lelaki layan mereka hanya sebagai kawan...tp plezzz...perempuan akan phm laen..alamaklumla...naluri perempuan ni mahukan kasih sayang....huhuhu

so,moral of the stories>>>pendamkan perasaan kita...janji ALLAH 2 benar...pegang kata ni"jika ada jodoh tak kemana...jika bukan di dunia sementara ni,,,di syurga yg klekal abadi...insyaALLAH...tp jika bukan jodoh berkorban nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun takkan kesampaian...."

peliharalah perasaan 2 supaya x tersasar....yokkk~~~^_^
kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kpd sidia???adakah dgn jalan yg menghampiri fitnah or dgn jalan yg menghampiri barakah????

Tuesday, February 22, 2011

~iStIkHaRaH~

assalamualaikum....harap2 kita dilindungi oleh ALLAH...aminn~~dah lama x update post yg memberi ilmu...hehe...asyik duk cite sal diri sendiri je...bosan jgak kn...ermmm..tp biasela..ni kn blog..tmpat nk mluahkan prasaan kot...huhuhu ^_^

hari ni nk cite sal istikharah...dh lme nk cite sal ni...tp,kne jgak cari input2 yg berasas kn..tkut jagk..huhu~~
ermmm ..biase kita wat istikharah untuk menyandarkan  pergantungan kepada ALLAH...memilih yg terbaik untuk diri kita kn...biase dari segi soal jodoh..yla kita nk hidup ngn seseorang 2 bknnye sehari dua...selama-lamanya...hehe

kita berusaha dgn strategi n perancangan....selebihnya urusan ALLAH yg menentukan terbaik untuk kita kerana...."AdA hAl2 Yg HaRuS dIfIkIrKaN mAnUsIa,TeTaPi AdA jUgA hAl2 Yg BuKaN hAk MaNuSiA uTk MeMiKiRkAnNyA...."

petunjuk istikharah tak semestinya melalui mimpi or sebarang petunjuk tertentu...n kadang2 petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling tepat kerana kita bukanlah seseorang yg bersih hatinya...(terutama saya)...n kemungkinan mimpi kita dah diganggu oleh syaitan utk memayahkan kita dgn jawapan 2...renung2kan bersama~~

justeru,apa yg dianjurkan adalah istikharah diteruskan sehingga ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan...n jawapan sebenar kpd istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dgn si dia tanpa ada halangan di tengah2 jalan...cehhh~~(sy fokuskan kt sini istikharah dlm soal jodoh ek)

antara hikmah2 istikharah ialah:
-jika diberi petunjuk positif,alhamdulillah...n teruskan istikharan n sentiasa bersyukur kepadaNYA...hikmahnya adalah tidak rugi...
-jika negatif jawapannya,maka itulah hikmah istikharah iaitu x kecewa..
-jika lambat mendapat keputusan, maka hikmah istikharah adalah x putus asa..
~wallahu 'alam~
disini nasihat untuk kita bersama time wat istikharah...sekiranya hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan(n dye rasakan ni jawapan)pd hty salah seorang...maka dinasihatkan memberitahu kpd pasangan ngn sebaik mungkin n diberhentikan...dlm masa yg sama istikharah diteruskan....jika jawapan positif,maka digalakkan disegerakan perkhawinan beserta diteruskan lg istikharah agar tiada masalah semasa perlaksanaan....jika belum mendapat apa2 kepastian jawapan,maka digalakkan meneruskan istikharah dgn lebih istiqamah....

satu kesilapan yg besar apabila masing2 membuat istikharah n mendapat jawapan tp menyatakan "saya dah melaksanakan istikharah n jawapannya x bleh bgtau (dirahsiakan)...cukuplah sy n ALLAH saje yg mengetahuinya....

salah???knp knyataan ni salah walaupun seolah mempunyai unsur2 pergantungan yg tinggi kpd ALLAH...??betul...pergantungan kpd ALLAH mmg tinggi (hablun minallah mmg hebat) tp mana pi hablun minan nas???jawapan "gantung x bertali" menyebabkn pihak yg menunggu jawapn trtunggu-tunggu...mnyebabkan fikiran n hty pihak 2 xkn tenang...

alangkah baik lau berterus terang kn...settle masalah...katakan benar walaupun pahit~~
cukup mudah disebut tp amat susah dilaksanakn...berterus terang n jujur....

so...nasihat bersama..mulakan istikharah pd hari ni...bkn meletakkan "nama si dia"...tp memadailah dgn menyatakan kpdNYA..."jodoh terbaik untukku"...agar hasil istikharah kita yg berterusan 2 n jawapannya adalah sesuatu yg terbaik ALLAH takdirkan...

bg mereka yg sdg dlm lamunan n hanyut2 ombak...ehem2..fikirkanlah utk menghalalkannya n jika blum bersedia jgn sesekali bermain api...
n bg yg belum tiada...jgn rungsing2...sentiasalah berdoa dipertemukan yg terbaik....^_^




ni hasil artikel dari 1 laman web...tp diringkaskan ckit oleh saya...hehe...semoga kita redha dgn segala ketentuan ALLAH...insyaALLAH~~

Friday, February 18, 2011

~SyAfAkAlLaH & sYaFaKiLlAh~

assalamualaikum...salam jumaat....alhamdulillah diriku demam jgak hry ni...ermmm..seharian x mkn pape...juz mnelan biskut...lapar2 tp x larat nk mkn...sapu tgn dh lenjun dek bsahkn dgn air...nk sejukkan kepala..kenala buat sendiri..lau balik pahang...ada jgak yg bleh layan..duk kt nilai ni sabar jela...huhuhu..sedih kot~~@_@
hari ni nk share serba sedikit mengenai syafakallah n syafakillah....terdetik nk huraikan tajuk ni cz skrg musim demam..termasuk diriku..maklumla cuaca x menentu...benda ni kita dah biasa dengar kn..tp xpe..kita warm up balek cz kadang2 benda yg biasa kita dengar 2la yg kita amek ringan je kn...

dari abu said al-khudri dan abu hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi sallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:
"tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu kelelahan, atau penyakit atau gangguan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya(dosa) kerananya" - HR al-bukhari no 5642 & muslim no.2573

ini adalah hikmah terpenting sebab diturunkan sakit n musibah...dan hikmah ini sayangnya x diketahui oleh saudara2 kita yg tertimpa musibah...selalu kita dengar manusia ketika ditimpa sakit mencaci maki...berkeluh kesah...bahkan yg paling parah meratapi n berburuk sangka ngn takdir ALLAH...nauzubillah...kita berlindung kepada ALLAH dari perbuatan sebegini...

so,jgn sedih2 or marah2 lau ditimpa sakit n musibah..tp kita perlu senyum n gembira kerana ALLAH masih menyayangi kita...sedih ngt lau dh lama x sakit kn...semoga kita semua tabah n redha mnghadapi dugaan hidup ni...


jadi...ditimpa demam itu suatu yg menguntungkan kerana ia menghapuskan dosa...natijah yg lain...ia akan memantapkan keimanan...jom share pd adik2 comel n kawan2 yg tgah demam...syafakallah wa syafakillah....

Tuesday, February 15, 2011

~tEgUrAn~

assalamualaikum...alhamdulillah kita masih dikurniakan nikmat iman & islam...sekarang saya sudah mendapat ketenangan..x pyah susah2 serabutkan kepala dgn perkara yg remeh temeh...buang masa dik oii (pesana utk diri)...lapangkan dada anda...
hari ni terdetik nk describe sal maksud disebalik perkataan 'TEGURAN'...apa maksudnya???jom kita mengungkapnya..adoyyai..cm misteri nusantara lak...xpe2..jgn tension2 nk bce..enjoy saje...kui3

teguran ni berlaku kat mana2 je...berlaku dlm pemerintahan kerajaan..dlm syarikat..dlm persatuan...di sekolah...dlm rumahtangga pn berlaku juga...bapa menegur anak...isteri ditegur suami n lain2 lg...
teguran terbahagi kpd 2..teguran  yg membina n teguran yg jumud iaitu statik..kita mengharapkan teguran yg membina kn..teguran yg boleh mengubah kita mnjd kpd yg lbih baek...tp ad jgak yg langsung tdk boleh terima teguran..kita hidup ni saling tegur-menegur..kadang2 x perasan ngn kesalahan sndiri (pesanan utk diri sendiri)...
kita memang x pernah lari dari buat salah...yg berbeza hanya byk n sedikit...tp biarlah org yg menegur 2 org yg minimum salahnya spaya teguran 2 brsifat trully n hidup...jgn jd sprt ketam yg mngajar anaknya brjalan lurus...cthnya agak pelik lau penagih dadah tegar menegur or mengajar org lain pi masjid padahal mereka sendiri terkontang-kanting tepi longkang dlm kotak...sebab 2 lau kita nk tegur..kita mesti pastikan teguran 2 ditujukan kearah kita dulu...kemudian baru kpd org lain...tp bg sy...sy x kisah siapa pn yg tegur kesalahan kita...jgn tgk pada seseorg tp tgk input teguran 2...mybe teguran 2 boleh digunapakai oleh diri kita kn...nk tegur ni pn ada caranya..jgn maen redah je..tegurla dgn cara yg brhikmah tp penuh bermakna..hati org kita kena jaga...

teguran 2 biasenya yg membina...kerana apa yg kita x sedar kadang2 org lain dh sedar terlebih dulu...persepsi kita lain..persepsi org...laen...sebab 2 apabila ditegur jgn cepat melenting n menolak teguran 2...kita adalah org yg paling rugi andai berpeluang membina diri tp awal2 lg dh merobohkannya...

manusia perlukan cermin bg meneliti diri...org disekeliling adalah cermin bg kita...cuba bayangkan bercukur misai tanpa cermin..bukan ke susah???hehehe

yg paling penting...setiap org yg menegur pasti sedia ditegur...ramai yg x dpt lakukan..hanya suka menegur tp x suka ditegur...sebab 2 penting apabila menegur..isyaratkan terlebih dulu...teguran 2 adalah terlebih dulu untuk diri kita...
ingat!!!apabila kita menuding jari kearah kesilapan org lain...sebenarnya 3 jari kita telah menuding kearah diri sendiri...itu adatnya....



 

Saturday, February 12, 2011

~sOmBoNg???~

assalamualaikum...hari ini xdek input yg nak dikongsi..maklumla dah nk dekat musim exam..assgnment berlambak..otak tension n serabut..adoyyai...tapi minggu ni best cz dpt kuar melihat ragam-ragam manusia with my adik sepupu...fuhh,,penat kot...tgk org kawad kaki...round jalan tar...poi klcc...
tp sedih sgt cz perempuan n lelaki dh x dpt nk dibezakan skrg...lebih kurang sama je...masyaALLAH..yg perempuan dh x pelik hisap rokok..lepak tepi2 tangga..kemana hilangnya maruah seorang perempuan..aigoo..tepuk dada tanyalah iman kita semua...
minggu ni saya banyak kehilangan mood..lebih2 lagi badan semakin kurang sihat..selesema..alhamdulillah..ALLAH masih menyayangiku...
hari ni nk share tentang definisi sombong...yelaa my mistake apabila mengatakan 'dia' sombong...padahal saya xtau pape pn..bersihkan diri dari sifat buruk sangka....


Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?
Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.
Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.
Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.
Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.


Tuesday, February 8, 2011

~hArI iNi~

assalamualaikum...susah untuk melelapkan mata...so,nak share something yang mungkin boleh jadikan motivasi untuk kita semua...berdasarkan dalam satu buku yg pernah saya baca...hari ini adalah milik anda...why???
jom kita huraikan bersama...sedikit sebanyak dapat bagi manfaat yg baek untuk kita semua kn...
apabila kita berada di pagi hari...janganlah menunggu waktu petang...limaza????kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup...oleh kerana itu,kita tak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yg menghiasinya...nanti sakit...macam saya..pas 2 menangis..buang masa jela...kui3..tidak juga dengan hari esok yg belum tentu datang...
falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan kita sehingga tidak tersepit diantara dua kehidupan....masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan pada masa itu dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan...
pastikanlah seluruh perhatian dan kreativiti kita untuk satu hari ini saja...dan pada hari ini lah kita harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyu'...membaca dan memahami al-quran secara mendalam...merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati....keseimbangan dalam segala hal...keindahan dalam akhlak...kerelaan dengan semua yang ALLAH berikan...perhatian terhadap sekitar...perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain...
untuk hari ini kita harus mulai membahagi waktu dengan bijak...jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun...tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu...memelihara indahnya kehidupan...meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan...mengingat Tuhan...dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh....dengan demikian,hidup kita pada hari ini akan penuh kebahagiaan...merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki isteri...suami...anak-anak...tugas-tugas...tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur...
firman ALLAH S.W.T: terimalah semua yang telah ALLAH berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur....(Al-A'raf:144)

p/s:ni input dalam sebuah buku...tapi ada sikit-sikit yang saya tambah..apa2 kekurangan maaf sangat2.....

Saturday, January 29, 2011

~kEbAhAgIaAn~

Assalamualaikum...hari ni nak kongsi sikit maksud disebalik makna kebahagiaan...kebahagiaan??macam-macam kita boleh buat tafsiran tersendiri..saya dulu pun pernah membuat tafsiran mengenai makna kebahagiaan..seperti lagu shahir yang bertajuk kebahagian dalam perpisahan...kui3...ntahlaaa...
biasa kalau kita nampak orang bersendirian..mesti dia akan jawab ingin mencari kebahagiaan or ketenangan...
berdasarkan apa yang saya baca dari satu buah buku yang bertajuk 'kebahagiaan ada pada diri anda'..ditulis oleh dr 'aidh abdullah al-qarni iaitu seorang ulama dan penulis terkenal yang banyak menulis tentang motivasi..di antara buku beliau yang paling popular ialah JANGAN BERSEDIH...
kebahagiaan ada pada diri anda,maksudnya kita sendirilah yang menentukan sama ada kita merasa bahagia or sebaliknya...supaya sentiasa tenang dan bahagia,kita mesti bersabar ketika mendapat musibah,bersyukur apabila mendapat nikmat,membuang sifat iri dan dengki,mudah memaafkan orang lain, menolong orang susah dan sebagainya...
apakah anda benar-benar inginkan suatu kebahagiaan??? jangan jauh-jauh mencarinya...kebahagiaan itu ada pada diri anda sendiri...kebahagiaan ada pada pemikiran kamu yang indah...dalam khayalmu yang indah...dalam keinginanmu yang optimis...dan pada hatimu yang cemerlang yang penuh dengan kebaikan....
so...jangan sedih-sedih ek...termasuk diri saya sendiri yang memang senang merasa sedih...tapi semua itu boleh dikawal oleh mindset kita sendiri...lagipun bukannya selalu kita perlu gembira..kadang perlu jgak sedih supaya kita tidak lupa diri & lebih dekat dengan ALLAH S.W.T....
seperti firman ALLAH S.W.T dalam surah al-baqarah ayat 284-286 mafhumnya: ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....
"biar rebah jangan berubah...biar terbuang terus berjuang...ujian adalah tarbiah dari ALLAH...semakin dekat bahtera diri kepadaNYA....semakin kuat ribut taufan melanda..."



>>>mArDhOtIlLaH<<<<

Friday, January 28, 2011

~jEjAkA iDaMaN~

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu “Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat “.

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku”.

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu…

Beberapa bulan kemudian…

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi,dan sedikit hitam duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu” kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu”.

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu..???

~bUdI bAhAsA~

SALAM JUMAAT,,BANYAKKAN SALAWAT KE ATAS NABI EK...
HARI INI DAH START SUTI MID SEM..BOSAN,RUNSING,SEDIH....SEMUA ADA..ERMMM
CELIK JE MATA,,TIBA-TIBA TERINGAT NAK KONGSI MENGENAI BAHASA KITA DENGAN ORANG LAEN..SAYA PUN TAK SEMPURNA..TP,JUZ KONGSI CERITA TIME KT MAAHAD DULU...
DULU SAYA PUN MACAM ORANG LAIN...SUSAH NAK BAHASAKAN DIRI SAYA AWAK CZ ORG AKAN PANGGIL KITA SKEMA,HIPOKRIT & MACAM-MACAM LAGI..SAYA PUN PERNAH TERBABIT DENGAN BENDA MACAM 2...TETAPI SEMUANYA BERUBAH BILA ADA SEORANG USTAZ TIME KT MAAHAD DULU BG TAZKIRAH....
'CUBA TUNJUK SIKIT YANG KITA NI BERASAL DARI SEKOLAH ALIRAN AGAMA'...KALAU GUNA BAHASA AKU KAU BILA BERCAKAP,,APA PANDANGAN ORG LUAR TERUTAMA ORANG2 TUA...BUKAN KE TAK MANIS...LAGIPUN ORG AKAN PANDANG PELAJAR SEKOLAH AGAMA LAEN DARI YANG LAEN'
(LEBIH KURANG CAMNI LA PESANAN USTAZ,,TAK INGAT DAH)SAYA PUN TERKESIMA DENGAR PESANAN USTAZ..
JAGALAH TUTUR KATA KITA & ADAB2 DENGAN MANUSIA TERUTAMA ORG TUA..
SAYA PUN KADANG TERLALAI JUGAK..TETAPI KITA ADA TANGGUNGJAWAB MASING2...SALING NASIHAT MENASIHATI...
MEMANG SUSAH NAK BIASAKAN YG BETUL & BETULKAN YG BIASA..TETAPI SEMUA 2 TAK MUSTAHIL..BAK KATA ORG NAK 1000 DAYA,XNAK 1000 DALIH...
PERBAIKILAH DIRI KITA LEBIH BAEK DARI YG SEBELUMNYE..PEDULIKAN APA ORG KATA,,KALAU ASYIK DENGAR KATA ORG,,KITA TAKKAN PERNAH BANGUN UNTUK MAJUKAN DIRI KITA...
DULU TIME MULA-MULA NAK UBAH BAHASA NI MEMANG PAYAH BG DIRIKU..MACAM2 ORG KUTUK...KATA SKEMA,BERLAGAK BAEK TP DIRI TAK SEMEGAH MANA..SAMPAI SAYA PERNAH MENANGIS DENGAN SEMUA NI..TP CUBA JUGA UNTUK KUATKAN DIRI BILA TERINGAT PESANAN USTAZ...
SEMUANYA KENA ISTIQOMAH...SEMOGA ALLAH TETAPKAN HATI KITA DALAM TERUS MENCARI KEREDHAANNYA....AMINNNN