Photobucket

Saturday, February 12, 2011

~sOmBoNg???~

assalamualaikum...hari ini xdek input yg nak dikongsi..maklumla dah nk dekat musim exam..assgnment berlambak..otak tension n serabut..adoyyai...tapi minggu ni best cz dpt kuar melihat ragam-ragam manusia with my adik sepupu...fuhh,,penat kot...tgk org kawad kaki...round jalan tar...poi klcc...
tp sedih sgt cz perempuan n lelaki dh x dpt nk dibezakan skrg...lebih kurang sama je...masyaALLAH..yg perempuan dh x pelik hisap rokok..lepak tepi2 tangga..kemana hilangnya maruah seorang perempuan..aigoo..tepuk dada tanyalah iman kita semua...
minggu ni saya banyak kehilangan mood..lebih2 lagi badan semakin kurang sihat..selesema..alhamdulillah..ALLAH masih menyayangiku...
hari ni nk share tentang definisi sombong...yelaa my mistake apabila mengatakan 'dia' sombong...padahal saya xtau pape pn..bersihkan diri dari sifat buruk sangka....


Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?
Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.
Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.
Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.
Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.


2 comments: