Photobucket

Saturday, January 29, 2011

~kEbAhAgIaAn~

Assalamualaikum...hari ni nak kongsi sikit maksud disebalik makna kebahagiaan...kebahagiaan??macam-macam kita boleh buat tafsiran tersendiri..saya dulu pun pernah membuat tafsiran mengenai makna kebahagiaan..seperti lagu shahir yang bertajuk kebahagian dalam perpisahan...kui3...ntahlaaa...
biasa kalau kita nampak orang bersendirian..mesti dia akan jawab ingin mencari kebahagiaan or ketenangan...
berdasarkan apa yang saya baca dari satu buah buku yang bertajuk 'kebahagiaan ada pada diri anda'..ditulis oleh dr 'aidh abdullah al-qarni iaitu seorang ulama dan penulis terkenal yang banyak menulis tentang motivasi..di antara buku beliau yang paling popular ialah JANGAN BERSEDIH...
kebahagiaan ada pada diri anda,maksudnya kita sendirilah yang menentukan sama ada kita merasa bahagia or sebaliknya...supaya sentiasa tenang dan bahagia,kita mesti bersabar ketika mendapat musibah,bersyukur apabila mendapat nikmat,membuang sifat iri dan dengki,mudah memaafkan orang lain, menolong orang susah dan sebagainya...
apakah anda benar-benar inginkan suatu kebahagiaan??? jangan jauh-jauh mencarinya...kebahagiaan itu ada pada diri anda sendiri...kebahagiaan ada pada pemikiran kamu yang indah...dalam khayalmu yang indah...dalam keinginanmu yang optimis...dan pada hatimu yang cemerlang yang penuh dengan kebaikan....
so...jangan sedih-sedih ek...termasuk diri saya sendiri yang memang senang merasa sedih...tapi semua itu boleh dikawal oleh mindset kita sendiri...lagipun bukannya selalu kita perlu gembira..kadang perlu jgak sedih supaya kita tidak lupa diri & lebih dekat dengan ALLAH S.W.T....
seperti firman ALLAH S.W.T dalam surah al-baqarah ayat 284-286 mafhumnya: ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....
"biar rebah jangan berubah...biar terbuang terus berjuang...ujian adalah tarbiah dari ALLAH...semakin dekat bahtera diri kepadaNYA....semakin kuat ribut taufan melanda..."



>>>mArDhOtIlLaH<<<<

Friday, January 28, 2011

~jEjAkA iDaMaN~

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu “Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat “.

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku”.

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu…

Beberapa bulan kemudian…

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi,dan sedikit hitam duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu” kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu”.

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu..???

~bUdI bAhAsA~

SALAM JUMAAT,,BANYAKKAN SALAWAT KE ATAS NABI EK...
HARI INI DAH START SUTI MID SEM..BOSAN,RUNSING,SEDIH....SEMUA ADA..ERMMM
CELIK JE MATA,,TIBA-TIBA TERINGAT NAK KONGSI MENGENAI BAHASA KITA DENGAN ORANG LAEN..SAYA PUN TAK SEMPURNA..TP,JUZ KONGSI CERITA TIME KT MAAHAD DULU...
DULU SAYA PUN MACAM ORANG LAIN...SUSAH NAK BAHASAKAN DIRI SAYA AWAK CZ ORG AKAN PANGGIL KITA SKEMA,HIPOKRIT & MACAM-MACAM LAGI..SAYA PUN PERNAH TERBABIT DENGAN BENDA MACAM 2...TETAPI SEMUANYA BERUBAH BILA ADA SEORANG USTAZ TIME KT MAAHAD DULU BG TAZKIRAH....
'CUBA TUNJUK SIKIT YANG KITA NI BERASAL DARI SEKOLAH ALIRAN AGAMA'...KALAU GUNA BAHASA AKU KAU BILA BERCAKAP,,APA PANDANGAN ORG LUAR TERUTAMA ORANG2 TUA...BUKAN KE TAK MANIS...LAGIPUN ORG AKAN PANDANG PELAJAR SEKOLAH AGAMA LAEN DARI YANG LAEN'
(LEBIH KURANG CAMNI LA PESANAN USTAZ,,TAK INGAT DAH)SAYA PUN TERKESIMA DENGAR PESANAN USTAZ..
JAGALAH TUTUR KATA KITA & ADAB2 DENGAN MANUSIA TERUTAMA ORG TUA..
SAYA PUN KADANG TERLALAI JUGAK..TETAPI KITA ADA TANGGUNGJAWAB MASING2...SALING NASIHAT MENASIHATI...
MEMANG SUSAH NAK BIASAKAN YG BETUL & BETULKAN YG BIASA..TETAPI SEMUA 2 TAK MUSTAHIL..BAK KATA ORG NAK 1000 DAYA,XNAK 1000 DALIH...
PERBAIKILAH DIRI KITA LEBIH BAEK DARI YG SEBELUMNYE..PEDULIKAN APA ORG KATA,,KALAU ASYIK DENGAR KATA ORG,,KITA TAKKAN PERNAH BANGUN UNTUK MAJUKAN DIRI KITA...
DULU TIME MULA-MULA NAK UBAH BAHASA NI MEMANG PAYAH BG DIRIKU..MACAM2 ORG KUTUK...KATA SKEMA,BERLAGAK BAEK TP DIRI TAK SEMEGAH MANA..SAMPAI SAYA PERNAH MENANGIS DENGAN SEMUA NI..TP CUBA JUGA UNTUK KUATKAN DIRI BILA TERINGAT PESANAN USTAZ...
SEMUANYA KENA ISTIQOMAH...SEMOGA ALLAH TETAPKAN HATI KITA DALAM TERUS MENCARI KEREDHAANNYA....AMINNNN